Empat dekad derita, rakyat Afghanistan berhak hidup lebih baik
Iklan
[MUKADIMAH] Pengunduran tentera Amerika Syarikat dan sekutunya dari bumi Afghanistan pada bulan Ogos lalu menandakan bermula era baharu pentadbiran Taliban yang sebelum ini pernah menguasai negara itu sekitar tahun 1996 hingga 2001.
Kembalinya kerajaan digelar Taliban 2.0 itu menerima reaksi pelbagai daripada komuniti dunia, ada yang bersikap terbuka namun tidak kurang juga yang masih skeptikal berikutan imej kumpulan tersebut yang sering diuar-uarkan media Barat terutamanya sebagai pengganas.