Perubahan pesat sosial di Arab Saudi
Iklan
SEORANG wanita, Asma tidak pernah terfikir bahawa dia boleh menghabiskan masa di tepi laut bersama dengan teman lelakinya di negara berfahaman amat konservatif di Arab Saudi.
Namun kini, wanita berusia 32 tahun itu boleh menari dengan teman lelakinya di pantai di Laut Merah mengikut alunan muzik yang bergema dari pembesar suara.