Belum pasti bertanding tiket PH
Iklan
SHAH ALAM - Tiada kepastian sama ada bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menarik sokongan terhadap kerajaan negeri sebelum ini, bakal bertanding pilihan raya negeri (PRN) Melaka atas tiket Pakatan Harapan (PH).
Perkara itu dijelaskan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua susulan Idris dalam satu kenyataan media memberi bayangan akan bertanding atas tiket PH pada PRN Melaka bersama tiga ADUN lain.