Selepas lompat parti, Malaysia juara aktiviti bocor audio pemimpin?
Iklan
SETELAH Malaysia dikenali dunia dengan trend wakil rakyat lompat-melompat parti dan jatuh-menjatuhkan kerajaan tidak sampai sepenggal tempoh pentadbiran negara.
Kini, politik tanah air dijangkiti penyakit barah baharu yang berleluasa selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) iaitu fenomena kebocoran audio percakapan pemimpin utama negara menerusi panggilan telefon dan aplikasi sosial kepada umum.