Iklan kerja kosong di ladang sawit tiada sambutan
Iklan
SHAH ALAM - Beberapa pengusaha ladang kelapa sawit di negara ini mengakui sukar mendapatkan rakyat tempatan untuk bekerja dalam sektor tersebut.
Seorang kontraktor pengurus ladang kelapa sawit di Raub, Pahang, Mohd Fauzi Nasruddin berkata, sejak pihaknya mengiklankan kekosongan jawatan tersebut pada Mei lalu, hanya 15 orang warga tempatan yang menghubunginya bagi bertanyakan peluang pekerjaan tersebut.