32,000 buruh asing dibawa masuk Malaysia kerja di ladang
Iklan
Sektor pelancongan negara kembali bernafas apabila aktiviti rentas negeri telah dibenarkan kerajaan sejak 11 Oktober lalu.
Syarikat penerbangan, hotel-hotel dan pelbagai destinasi pelancongan pun sekarang sedang rancak membuat pelbagai promosi untuk menarik pengunjung.
Dalam sibuk-sibuk sambut kedatangan pelancong, pintu-pintu masuk negara juga dijangka sibuk dengan kemasukan buruh-buruh asing pada bulan ini.
Ini berikutan pengumuman Menteri yang lebih 32,000 buruh asing akan dibawa masuk untuk bekerja di ladang-ladang kelapa sawit.
Difahamkan, sektor perladangan sawit kerugian berbilion ringgit ekoran kekurangan penuai kelapa sawit dan pekerja ladang.