28 Oktober penentu UMNO-Bersatu
Iklan
SHAH ALAM - Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 28 Oktober ini bakal menjadi platform parti itu untuk 'mengharmonikan' sebarang kekeliruan mengenai tempoh sebenar penamatan kerjasama UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagaimana diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020.
Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, ketika ini terdapat dua pandangan berbeza terhadap tempoh penamatan kerjasama UMNO dan Bersatu setelah diputuskan PAU 2020 pada Mac lalu.