262,888 ketua isi rumah Malaysia miskin tegar
Iklan
Sistem eKasih rekod kaum Melayu paling ramai miskin tegar iaitu sebanyak 153,584 diikuti etnik lain-lain 90,205, India 11,388 dan Cina 7,711
SHAH ALAM - Kegelinciran status hidup rakyat angkara Covid-19 yang membadai sejak dua tahun lalu menyebabkan hampir 580,000 isi rumah daripada kumpulan M40 kini beralih pendapatan di bawah kumpulan B40.
Perkara itu didedahkan sendiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed baru-baru ini apabila kerajaan menganggarkan jumlah kemiskinan isi rumah di Malaysia telah meningkat daripada 405,000 pada 2019 kepada 640,000 pada tahun lepas.