Bersatu hilang arah, keputusan UMNO pergi solo tepat
Iklan
Ab Rashid dakwa Bersatu kini terlalu dikuasai oleh bekas pemimpin UMNO
SHAH ALAM - Seorang pemimpin veteran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyokong keputusan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk bergerak secara solo dengan mengenepikan kerjasama Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.
Bekas Naib Presiden Bersatu, Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman berkata, UMNO dan BN berhak untuk menolak sebarang kerjasama dengan Bersatu mahu pun Pas kerana asas kekuatan dan sokongan akar umbi serta rakyat terhadap parti Melayu berkenaan masih kukuh.