Kecewa bahasa Melayu dianaktirikan, tokoh bahasa cadang tutup DBP
Iklan
Tokoh bahasa kecewa pelbagai nama hartanah, jalan dan kompleks komersial menggunakan bahasa Inggeris
SHAH ALAM - Seorang tokoh pengajian bahasa Melayu mencadangkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditutup setelah kecewa di atas kegagalan pihak berkuasa tempatan (PBT) memartabatkan bahasa kebangsaan dalam aspek menamakan hartanah, jalan serta kompleks komersial di negara ini.
Secara menyindir, Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Abdul Mua'ti@Zamri Ahmad turut menyifatkan langkah penutupan DBP, entiti dipertanggungjawabkan memartabatkan bahasa Melayu, akan memberi lebih banyak untung kepada kerajaan berbanding keperluan menjaga bahasa berkenaan.