Unjuran ekonomi negara berkembang 5.5 hingga 6.5 peratus tahun 2022
Iklan
KUALA LUMPUR - Unjuran ekonomi negara dijangka akan terus berkembang di antara 5.5 hingga 6.5 peratus pada tahun 2022, berpaksikan asas ekonomi kukuh dan struktur pelbagai.
Bagaimanapun, Menteri Kewangan, Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan prestasi ini turut bergantung kepada faktor-faktor lain, antaranya kejayaan mengawal pandemik, keberkesanan pelaksanaan program vaksinasi serta keteguhan prospek ekonomi dan perdagangan dunia.