Taraf wanita diangkat dalam Bajet 2022
Iklan
Wanita dapat pelbagai inisiatif yang memperlihatkan golongan itu terus dihargai
BAJET 2022 bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera yang dibentangkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat pada Jumaat dijangka berupaya memulihkan ekonomi negara.
Bernilai RM332.1 bilion, Bajet 2022 merupakan yang terbesar dalam sejarah dan tiga peratus lebih tinggi berbanding Bajet 2021 yang bernilai RM322.5 bilion.