Masa ganti balik wang simpanan
Iklan
KWSP kini fokus membantu ahlinya membina semula simpanan persaraan yang telah dikeluarkan melalui kemudahan pengeluaran diberikan sebelum ini.
[INFOGRAFIK] Sebaik sahaja Covid-19 menular ke negara ini pada 2020, kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membenarkan pengeluaran wang yang dicarum rakyat dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Kemudahan pengeluaran tersebut yang diperkenalkan buat julung-julung kalinya itu bertujuan meringankan beban kewangan rakyat yang terkesan akibat impak wabak berkenaan.