UMNO hormati Pas, rundingan kini elak pertembungan
Iklan
SHAH ALAM - UMNO menghormati pendirian Pas yang mahu menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Melaka pada 20 November hadapan.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Senator Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, tiada keperluan untuk UMNO mencampuri urusan dalaman Pas dalam menentukan lambang pilihan raya akan digunakan parti itu, lebih-lebih lagi Pas secara rasmi merupakan parti komponen PN.