Marquez juarai Moto2, Binder menang perlumbaan di Sepang

Iklan
Marquez dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi kategori Moto2 selepas meraikan kemenangannya di tempat kedua perlumbaan kelas Moto2 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini. - Foto Bernama

PELUMBA Sepanyol, Alex Marquez dari EG 0,0 Marc VDS menang Kejuaraan Dunia Moto2 ketika pelumba Afrika Selatan, Brad Binder dari Red Bull KTM Ajo memenangi perlumbaan Moto2 Grand Prix Motosikal Malaysia 2019 di Litar Antarabangsa Sepang di sini hari ini.

Pelumba 23 tahun itu menamatkan perlumbaan 0.758 saat (s) di belakang Binder yang menamatkan perlumbaan dalam masa 38 minit 07.843s manakala Thomas Luthi mewakili pasukan Dynavolt Intact GP di tempat ketiga.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun pelumba Malaysia, Adam Norrodin gagal menamatkan perlumbaan selepas terlibat dalam kemalangan selepas pusingan kelima. - Bernama