Ada apa dengan ranking universiti
Iklan
Sesetengah universiti mencipta prestij kerana tempoh kewujudannya, seperti universiti tertua di Malaysia, UM, yang telah berusia 71 tahun.
UNIVERSITI Malaya (UM) naik ke kedudukan lebih tinggi apabila kini disenaraikan di tempat kelapan dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings Asia 2022 yang laporannya dikeluarkan minggu ini.
Universiti tertua negara itu diikuti Universiti Putra Malaysia (ke-27), Universiti Kebangsaan Malaysia (33), Universiti Sains Malaysia (35) dan Universiti Teknologi Malaysia (38).