PRN Melaka: Calon muka baharu UMNO masih kunci mulut
Iklan
SHAH ALAM- Teka-teki siapakah calon yang akan bertanding mewakili UMNO dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini hampir terjawab susulan tersebarnya senarai nama 14 calon parti berkenaan baru-baru ini.
Lebih menarik, terdapat sembilan orang calon ‘muka baharu’ yang telah diberikan pertimbangan oleh UMNO untuk merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.