Bolehkah PH menang PRN Melaka?
Iklan
DUA minggu lalu, ruangan ini telah memberikan analisis ringkas kemampuan Barisan Nasional (BN) untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Dengan gelanggang bakal dibuka pada Isnin, maka untuk berlaku adil, ruangan ini juga akan cuba mencongak peluang Pakatan Harapan (PH) dalam PRN tersebut.
Jika prestasi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dijadikan sandaran, PH memang berpotensi kembali memerintah.
Walaupun senario PRU14 sangat berbeza dengan keadaan semasa, jumlah 15 kerusi bagi membentuk majoriti bukanlah mustahil dicapai.