Tebing Barat ‘bergelap’ empat jam setiap hari angkara Israel
Iklan
RAMALLAH - Penduduk Palestin di beberapa kawasan di Tebing Barat ‘terpaksa bergelap’ selama empat jam sehari selepas Perbadanan Kerjasama Elektrik Israel (IEC) membuat keputusan untuk memutuskan bekalan kuasa elektrik berkuat kuasa pada 3 November lalu.
Keputusan dibuat oleh IEC itu akan dilaksanakan sehingga hutang lebih AS$119 juta (RM495 juta) dilangsaikan oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang mengalami masalah kewangan yang teruk.