Jangan pinggirkan khasiat pisang
Iklan
SEKEPING poskad menarik tiba dari Tokyo, Jepun minggu lalu. Sekalipun lewat tibanya, namun kandungan poskad itu membuatkan penulis berasa sangat bangga.
Dalam poskad itu bertulis:"Tahniah kerana menghadiahkan sebutir pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020. Mr Awang idola kami dan kebanggaan benua Asia.”
Poskad itu kiriman sahabat Persekutuan Berbasikal Jepun (JCF) yang pernah mengundang penulis ke Sukan Olimpik di Tokyo sekiranya berminat meneruskan kajian tentang hero Malaysia, Datuk Mohd Azizulhasni Awang.