Jangan 'galak' burukkan kawan-kawan lama
Iklan
Bekas exco Perak yang pernah tinggalkan Amanah sebelum dipecat Bersatu, tegur ceramah Peja di Melaka
SHAH ALAM -"Walaupun DAP (Parti Tindakan Demokratik) dan Amanah (Parti Amanah Negara) kononnya bergaduh setiap hari, Bro Peja (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) masih kekal jadi Menteri Besar." Demikian sindiran bekas Exco Kerajaan Negeri Perak, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim terhadap Ahmad Faizal yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) setelah beliau mengeluarkan kenyataan kontroversi dalam satu ceramah untuk pilihan raya negeri (PRN) Melaka pada Khamis.
Dalam sesi ceramah yang disiarkan secara langsung itu, Ahmad Faizal yang juga bekas Menteri Besar Perak untuk dua kerajaan negeri iaitu Pakatan Harapan (PH) dan PN, mendakwa beliau terpaksa 'menguruskan' pertengkaran setiap hari ketika memimpin kerajaan negeri PH Perak.