Pergolakan politik lebih besar selepas PRN Melaka?
Iklan
Beberapa saintis politik menjangkakan PRN Melaka bakal membawa tsunami politik besar baik kepada parti-parti kerajaan mahupun gabungan PH
Beberapa tokoh akademik meramalkan satu pergolakan besar politik akan berlaku dalam kalangan koalisi parti-parti politik yang bertanding selepas berakhirnya pilihan raya negeri (PRN) Melaka yang ditetapkan pada 20 November hadapan.
Pengerusi Eksekutif Institut Darul Ehsan (IDE), Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, jangkaan itu berlandaskan sifat pilihan raya itu sendiri yang boleh mencetuskan satu beban besar dari sudut pergolakan dalaman serta pendedahan 'perasaan tersembunyi' dalam kalangan parti-parti yang berada dalam satu koalisi.