Bila bertemu kawan di kampung...
Iklan
SETELAH hampir dua tahun atau dua kali raya tak dapat balik kampung. Kelmarin, akhirnya saya balik juga ke kampung untuk bertemu bonda tersayang. Sebelum ini selepas sahaja kerajaan mengumumkan pembukaan sempadan, saya bercadang untuk segera balik kampung juga, tapi kata bonda saya,"Jangan balik lagi. Tunggu orang tak ramai, baru balik.”
"Bilanya hendak tunggu orang tak ramai? Akhir tahun ini ramai yang hendak habiskan cuti,” kata saya.