Budaya peluk dan cium punca berlaku kluster jangkitan
Iklan
SHAH ALAM - Tahap pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang rendah termasuk budaya peluk cium yang masih dilakukan masyarakat ketika berkumpul dilihat menjadi antara faktor penyumbang kepada kes Covid-19 sejak kebelakangan ini.
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, budaya itu yang diamalkan dalam keadaan pandemik ketika ini menyebabkan berlaku kluster jangkitan.