Terpaksa berhenti jadi doktor kerana kuman boleh ragut nyawa
Iklan
SHAH ALAM - Menghidap Penyakit Jarang Jumpa (PJJ) di Malaysia adalah perkara pahit yang terpaksa ditelan namun apa yang lebih menyedihkan adalah apabila seorang doktor pelatih terpaksa melupakan kerjayanya akibat kesihatan yang tidak memuaskan.
Nur Farah Nabilah Shuib berkata, dia dinasihatkan berhenti menjadi doktor pelatih atas faktor keselamatan kerana sering terdedah kepada pelbagai jenis kuman yang akan mengancam nyawanya kerana dia telah disahkan menghidap penyakit kronik, miastenia gravis (MG).