Muhyiddin, PN simpan 'senjata sulit' sebagai calon KM Melaka?
Iklan
Ahli Parlimen Pagoh itu memberitahu, PN mempunyai ramai calon yang layak untuk dilantik sebagai KM jika gabungan berkenaan memenangi PRN Melaka.
Pada Jumaat, negara dikejutkan dengan kenyataan beremosi Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap bekas Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad sehingga pemimpin UMNO itu digelarnya sebagai 'bodoh'.
Ini semua gara-gara tindakan Shahrir mencabar bekas Perdana Menteri itu supaya mengarahkan pemimpin PN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menarik sokongan terhadap kerajaan negeri UMNO dan Barisan Nasional (BN) Johor sekiranya Muhyiddin berani.