Persepsi PRN seperti PRK punca 'mood' pengundi lemah
Iklan
Situasi tersebut sukarkan parti-parti bertanding untuk memastikan kadar peratusan mengundi pada PRN Melaka mencapai sasaran ditetapkan SPR iaitu 70 peratus, kata Setiausaha Veteran Umno.
SHAH ALAM - Rata-rata pengundi negeri Melaka dilihat kurang berminat untuk keluar mengundi pada pilihan raya negeri (PRN) itu pada 20 November ini kerana mereka berprasangka PRN adalah solusi sementara bagi menunggu pelaksanaan pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, hasil tinjauan Veteran UMNO di lebih 10 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka mendapati 'mood' keterujaan pengundi untuk keluar mengundi masih lemah kerana mereka menyangkakan PRN kali ini hanyalah berfungsi seakan-akan pilihan raya kecil (PRK).