Insiden pesawat Hawk: Perbetulkan skop perolehan, tambah pesawat
Iklan
SHAH ALAM - Kejadian pesawat Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas pada malam Selasa di Pengkalan Udara Butterworth sehingga meragut nyawa seorang juruterbang menunjukkan bahawa kerajaan perlu memperbetulkan semula skop perolehan dan pengurusan program pertahanan udara.
Penganalisis pertahanan, Muhammad Fuad Mat Noor berkata, pengurusan program dan kewangan berkaitan perolehan perlu ditambah baik walaupun pertahanan udara negara tidak lemah.