Setiap pekerja gig perlu ada pelan pelindungan diri
Iklan
SHAH ALAM - Trend bekerja sendiri bukan alasan untuk tidak mempunyai pelan perlindungan tambahan pula pekerja ekonomi gig sentiasa berdepan dengan risiko kemalangan sehingga boleh membawa maut.
Perundingan kewangan, Shanty Nur Shaffizan Binti Mohd Shafee berkata, malah pekerja ekonomi gig khususnya perlu lebih bersiap sedia disebabkan mereka tidak mempunyai majikan yang mampu membantu andai ditimpa musibah sakit atau hilang upaya.