Adly dakwa PH didepan dengan 10 kerusi
Iklan
Adly ramal PH menang jika 70 peratus pengundi yang turun membuang undi. Beliau turut mendakwa berdasarkan unjuran awal PH kini sedang mendahului dengan 10 kerusi, BN lapan kerusi manakala 10 lagi kerusi sengit antara tiga parti utama.
SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) berpeluang cerah untuk menang pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka, 20 November ini hanya sekiranya kadar peratusan rakyat Melaka untuk keluar mengundi melebihi 70 peratus.
Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, sekiranya kadar peratusan keluar mengundi lebih rendah daripada jangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu 70 peratus, beliau mengakui senario itu akan memberi kesan negatif kepada koalisi itu.