Pecutan terakhir PRN Melaka, pemenang di tangan penyokong tegar
Iklan
Persaingan parti-parti dalam PRN Melaka dilihat masih terbuka, walaupun beberapa pemerhati mengakui BN mungkin lebih selesa
MEMASUKI hari ke-11 kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bahang persaingan politik antara parti-parti bertanding sudah semakin memuncak menjelang hari pengundian esok.
Dengan setiap calon daripada parti-parti bertanding seperti Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) serta 26 calon Bebas sedang rancak mempromosi manifesto masing-masing sebagai pecutan terakhir kempen berbaki lagi dua hari.