3,000 di Singapura, tapi SPR hanya terima 511 undi pos
Iklan
Kepulangan 6,000 pengundi luar dilihat sangat penting kerana jadi penentu siapa menang PRN Melaka
MELAKA - Esok adalah hari penentuan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Namun sehingga saat akhir ini, difahamkan tidak ada mana-mana parti yang dapat menjangka sokongan dan undian yang boleh diterjemahkan pada hari pembuangan undi.
Jentera parti yang bergerak secara underground menerusi sistem culaan juga dikatakan masih buntu dan agak tertekan dalam usaha memujuk pengundi negeri Melaka keluar mengundi.