MB Terengganu jangan pesong fakta: MKT UMNO
Iklan
Rahman Dahlan bidas kenyataan MB Terengganu mengenai sikap abang long pemimpin UMNO
SHAH ALAM - Seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membidas dakwaan pemimpin Pas kononnya proses rundingan pembahagian kerusi pilihan raya negeri (PRN) Melaka di antara Perikatan Nasional (PN) dan UMNO hampir tercapai, namun digagalkan oleh sikap 'abang long' pemimpin UMNO.
Bekas Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, penjelasan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu jelas terpesong fakta dan tidak menggambarkan senario sebenar sewaktu rundingan berlangsung sebelum ini.