Dos penggalak baik, terang kesan secara telus kepada penerima
Iklan
Supaya penerima faham risiko, tahu apa perlu dilakukan jika sesuatu berlaku
SHAH ALAM - Pakar kesihatan berpendapat pemberian dos penggalak Covid-19 perlu diteruskan kerana kesan baiknya, namun penerangan telus tentang kesan sampingan harus disampaikan kepada penerima.
Menurut Timbalan Dekan (Jaringan & Penjanaan) Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, penerangan tentang kesan sampingan adalah perlu supaya penerima faham akan risiko.