10 DUN penentu pemenang mutlak PRN Melaka: Ilham Centre
Iklan
Badan penyelidik politik bebas itu meramalkan BN kini mendahului dengan 11 DUN, manakala PH kuasai 7 DUN
SHAH ALAM - Ilham Centre mendedahkan Barisan Nasional (BN) sedang mendahului perlumbaan memenangi pilihan raya negeri (PRN) Melaka pada Sabtu apabila 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) majoriti pengundi Melayu kini sudah dianggap berada dalam genggaman koalisi itu.
Panel penyelidikan badan pemikir politik itu dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan kajian Ilham Centre, Pakatan Harapan (PH) pula diyakini sedang mengekori BN dengan rapat apabila dijangka memenangi tujuh kerusi DUN bukan majoriti Melayu dengan selesa.