PRN Melaka bayangan PRU15
Iklan
HARI ini seramai 495,195 pengundi di Melaka membuat keputusan masa depan politik mereka melalui peti undi. Mereka akan membuat pilihan siapa dalam kalangan 112 calon bertanding mewakili lima parti politik, selain 22 calon Bebas bagi menduduki 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Walaupun Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berdepan kejanggalan luar biasa disebabkan kekangan ‘Dua P’ − Pandemik dan Politik, ia tidak menggugat semangat semua pihak untuk meraikan pesta demokrasi.