Calon punca PRN Melaka, Idris, Norhizam, Nor Azman sedang ketinggalan
Iklan
Idris jauh ditinggalkan di DUN Asahan kepada calon Barisan Nasional.
SHAH ALAM - Tiga bekas ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadi punca kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Melaka sedang ketinggalan dalam kiraan semasa tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) itu.
Paling mengejutkan calon heavyweight yang juga bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron jauh ditinggalkan di DUN Asahan kepada calon Barisan Nasional.