Dulu ditertawa, kini calon paling tua menang DUN Pangkalan Batu
Iklan
Kalsom buktikan umur hanya angka, tidak halang beliau beri perkhidmatan terbaik kepada penduduk
MELAKA- Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu digegarkan dengan berita yang mengejutkan apabila calon tertua dari parti Barisan Nasional (BN) iaitu Datuk Kalsom Nordin peroleh kemenangan di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15 pada Sabtu dengan 4,839 undi.
Pernah diketawakan sebagai calon paling tua bertanding kerana berusia 68 tahun, Ketua Wanita UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya itu berjaya membuktikan bahawa umur hanyalah angka dan ia tidak menghalang perjuangannya sebagai wakil rakyat bagi memastikan masyarakat di Pengkalan Batu mendapat perkhidmatan terbaik.