Tindakan berpandukan akta sedia ada
Iklan
Mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
SHAH ALAM - Pakar undang-undang menggesa supaya tindakan segera dikenakan terhadap peniaga yang memuat naik unsur berbentuk lucah dalam mempromosikan produk masing-masing.
Pakar Undang-Undang dan Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar berkata, kerajaan boleh mengenakan tindakan ke atas peniaga tersebut berpandukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).