'Hujan, tenaga kerja punca sayur mahal'
Iklan
Akui pengeluaran bekalan sayur merosot sebanyak 30 hingga 40 peratus kali ini
SHAH ALAM - Kemerosotan pengeluaran hasil sayuran tempatan akibat musim hujan menjadi antara faktor utama kenaikan harga sayuran dalam negara baru-baru ini.
Punca lain dikenal pasti turut menyumbang kepada peningkatan harga sayuran adalah penurunan bekalan sayuran import, peningkatan kos pengeluaran dan kekurangan tenaga pekerja.