‘Perlu ada had seperti negara lain’
Iklan
Nazir beri saranan agar wakil rakyat di Malaysia tidak terlalu berkuasa perintah kerajaan
SHAH ALAM - Tempoh perkhidmatan seseorang wakil rakyat perlu dihadkan supaya tidak terlalu berkuasa sekiranya pembaharuan politik mahu dilakukan di negara ini.
Pengerusi Ikhlas Capital, Tan Sri Mohamed Nazir Tun Abdul Razak berkata, had tempoh itu juga perlu ditetapkan bagi jawatan-jawatan besar atau tertinggi negara terutama Perdana Menteri.