Waspada penipuan Black Friday
Iklan
SEPANJANG minggu ini, iklan Black Friday menguasai media massa di seluruh dunia. Barangkali ada yang belum mengerti apakah Black Friday. Setakat ini hampir 195 negara di seluruh dunia terlibat dalam aktiviti Black Friday. Tahun ini Black Friday berlaku hari ini.
Berdasarkan sejarah, Black Friday bermula awal 1950-an apabila polis di Philadelphia dan Rochester, Amerika Syarikat (AS) terpaksa mengawal keadaan lalu-lintas apabila berlaku diskaun penjualan besar-besaran pada hari Jumaat selepas Hari Kesyukuran (Thanksgiving). Black Friday menyaksikan peniaga dan peruncit termasuk menerusi e-dagang serta online menawarkan tawaran terhebat.