Tugas berat Pak Long mengamankan politik, merancakkan ekonomi
Iklan
SHAH ALAM - Sepanjang 100 hari negara berada di bawah teraju kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, rakyat digambarkan lebih tenang dan negara berada di landasan betul untuk kembali pulih daripada impak pandemik Covid-19.
Ketua Wanita UMNO Bahagian Bera, Datuk Sabariah Saidan berkata, sepanjang Ismail Sabri bergelar Perdana Menteri, rakyat dan negara berada dalam keadaan aman dan tiada pergolakan besar berlaku.