Kritik parti, Iswardy Morny digantung sementara ahli PKR
Iklan
SHAH ALAM - Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk menggantung sementara keahlian pemimpin kontroversi parti itu, Iswardy Morni pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang diadakan pada Ahad.
Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Ahmad Kassim susulan Iswardy didakwa mengkritik keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu secara terbuka sewaktu berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, baru-baru ini.