Ilham Centre, O2 Research beri 8/10
Iklan
ASPIRASI Keluarga Malaysia 100 Hari merupakan medan yang sesuai untuk menilai prestasi jemaah menteri di bawah pentadbiran Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Apabila Naib Presiden UMNO itu dipilih menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Ogos lalu, Ismail Sabri berdepan cabaran besar untuk mengembalikan keyakinan rakyat yang terkesan teruk akibat tri krisis terburuk dihadapi negara.