Beli rumah baharu kerana 'Little Pony'

Iklan
Miranda Worby menunjukkan koleksi patung kudanya.

LOWESTOFT - Taksub dengan patung kuda atau 'Little Pony', seorang wanita terpaksa membeli sebuah kediaman baharu bagi menempatkan ribuan patung tersebut.

Miranda Worby, 36, berkata, koleksi luar biasa memerlukan ruang yang lebih luas dan selesa.

Iklan
Iklan

"Saya tahu wanita seusia saya tidak wajar mengumpul patung ini. Ia kedengaran agak pelik tetapi saya tidak kisah kerana minat.

"Saya telah mendiami rumah ini selama tiga tahun. Apabila melihat ratusan kotak di dalam rumah, saya berbincang dengan suami untuk membeli rumah yang lebih besar bagi menempatkan patung kuda.

Iklan

"Saya mahukan patung kuda saya dipamerkan di ruang yang lebih selesa dan cantik," katanya kepada Daily Star.

Suaminya, Ian Langston, 58, turut menyokong hobi isterinya dan terpaksa membelanjakan sejumlah wang untuk membeli sebuah kediaman di Lowestoft Suffolk.

Iklan
Patung anak kuda milik Miranda Worby.