Ada penghidap HIV enggan dirawat
Iklan
Cuma 45,000 orang atau 58 peratus pesakit HIV dapatkan rawatan
SHAH ALAM - Masih ramai dalam kalangan individu positif HIV enggan memulakan rawatan terapi aktif antiretrovirus (HAART) kerana kurang kesedaran mengenai kepentingannya.
Presiden Majlis AIDS Malaysia (MAM), Datuk Dr Christopher Lee berkata, HAART merupakan kombinasi ubat-ubatan yang digunakan untuk mengurangkan pertumbuhan virus HIV dan berfungsi melumpuhkan proses pembentukan asid deoksiribonukleik (DNA) virus tersebut.