KOTA BHARU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V hari ini berkenan menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, di sini.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Mufti negeri, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, barisan exco kerajaan negeri dan pegawai kanan kerajaan negeri.