Dr Maza tegur umat Islam tumpu hal bukan selesai masalah
Iklan
SHAH ALAM - Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur umat Islam di negara ini kerana menumpukan kepada hal-hal bukan menyelesaikan masalah, sebaliknya perkara yang sedap untuk diperdebatkan.
Mengambil contoh isu nama arak Timah baru-baru ini, Mohd Asri berkata, isu yang lebih asas sebenarnya adalah mengenai berapa ramai orang Islam yang bekerja di industri berkaitan arak.