Harga pakej kahwin meningkat 20 peratus
Iklan
Faktor besar menyumbang kepada kenaikan kos tersebut ialah peningkatan harga bahan mentah
SHAH ALAM - Kos bagi melangsungkan sesebuah majlis perkahwinan pada masa kini meningkat 17 hingga 20 peratus menyebabkan para pengusaha terhimpit.
Presiden Persatuan Pengusaha Majlis Perkahwinan Malaysia (PPMPM), Zarinah Mohideen berkata, faktor besar menyumbang kepada peningkatan kos tersebut ialah harga barang mentah seperti ayam dan sayur yang meningkat pada ketika ini.